Tuesday, 8 September 2015

Soalan Kuiz!

Cara terbaik untuk menguji tahap pemahaman anda tentang sejarah pendidikan Tamil adalah melalui jawapan spontan seseorang berdasarkan soalan yang diberi. Jom uji pemahaman! Anda hanya perlu membaca lima soalan dan berikan jawapan spontan kepada setiap satu soalan yang diberi. Kemudian, baru semak jawapan anda melalui jawapan yang dikongsikan.



  1. Terangkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Inggeris untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang terlatih?
  2. Berikan objektif pendidikan Tamil dan tujuan objektif tersebut.
  3. Apakah cara pengukuhan pendidikan Tamil yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris?
  4. Apakah masalah yang dihadapi oleh Sekolah Tamil?
  5. Berikan ciri-ciri Sekolah Tamil.


Jawapan:
  1. Guru-guru sekolah Tamil yang tidak berkelulusan diberi khusus yang khas mengenai cara mendidik mata pelajaran tersebut. 
  2. Objektif pendidikan Bahasa Tamil yang diberikan pada masa itu berbentuk Functional Literacy iaitu menguasai 3M ( membaca, menulis dan mengira) dalam Bahasa Tamil supaya kanak-kanak ini boleh turut mengikuti dalam main stream pendidikan di India apabila ibu bapa mereka balik ke India nanti. 
  3. Kod pekerja yang diterbitkan oleh kerajaan Inggeris mewajibkan semua pengurus ladang harus memberikan pendidikan kepada anak-anak pekerja di ladang mereka yang berumur antara 10 hingga 14 tahun pada tahun 1912. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan British juga meyebabkan sekolah-sekolah Tamil mula wujud di kawasan perladangan secara kecil-kecilan. 
  4. Sambutan orang India terhadap Sekolah Tamil yang kurang memuaskan merupakan masalah utama yan dihadapi oleh Sekolah Tamil. Selain itu, sekolah yang tidak mencukupi dan kurang dilengkapi dengan kemudahan asas di samping kebanyakan anak-anak India kurang berminat untuk belajar turut memburukkan lagi keadaan ini.
  5. Sekolah Tamil biasanya terletak di ladang-ladang dan dikendalikan oleh pihak ladang dan mubaligh Kristian. Bahasa Tamil pula sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran serta buku teks adalah diimport dari India. Pada masa yang sama, Sekolah Tamil hanya diwujudkan pada peringkat rendah sahaja.



Sekiranya anda dapat jawab kelima-lima soalan tersebut dengan jawapan yang tepat, Tahniah! Anda telah memahami Pendidikan Tamil sebelum kemerdekaan dengan mendalam. Jika anda mendapati anda menghadapi masalah dalam menjawab 2 soalan atau ke atas, anda seharusnya membaca semula teks yang terkandung dalam blog ini. Pada masa yang sama, anda juga boleh merujuk kepada laman web inihttp://akugpc.blogspot.my/2010/03/sistem-pendidikan-di-tanah-melayu.html untuk ilmu pengetahuan yang lebih mendalam.