Pada tahun 1912, kod pekerja yang diterbitkan oleh kerajaan Inggeris
mewajibkan semua pengurus ladang harus memberikan pendidikan kepada anak-anak
pekerja di ladang mereka yang berumur antara 10 hingga 14 tahun. Pegawai buruh
ditanggungjawabkan untuk menjaga perkembangan sekolah-sekolah Tamil di
ladang-ladang. Kod ini telah dilaksanakan sehingga tahun 1933.
Peraturan-peraturan
yang ditetapkan oleh kerajaan British meyebabkan sekolah-sekolah Tamil mula
wujud di kawasan perladangan secara kecil-kecilan. Sekolah-sekolah ini dijalankan
di tempat asuhan kanak-kanak, kuil-kuil di ladang, asrama pekerja dan di
beberapa kilang getah yang ditetapkan oleh majikan. Namun, kualiti pendidikan
Tamil masih rendah berbanding dengan sekolah-sekolah vernakular yang lain di
Tanah Melayu. Hal ini disebabkan oleh kekurangan guru yang terlatih di
sekolah-sekolah Tamil.
Rajah ini merupakan keadaan Sekolah Tamil pada tahun 1912
Oleh
itu, apabila kerajaan Inggeris mula memberi perhatian terhadap pendidikan Tamil
di Tanah Melayu mereka menyeru pihak majikan yang mendirikan Sekolah Tamil
supaya menetapkan seorang guru sepenuh masa di sekolah tersebut. Ini dapat
menggantikan guru-guru sementara yang tidak terlatih di ladang-ladang tersebut.
Bagi
menyelesaikan masalah ini, pihak majikan telah membawa masuk guru-guru yang
mempunyai latihan perguruan dari India untuk mengajar di sekolah-sekolah Tamil
di kawasan perladangan. Walaupun begitu, apa yang membimbangkan adalah pada
tahun 1937 hanya kurang dari 25% daripada 800 orang guru di keseluruhan
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang mengajar
Bahasa Tamil memiliki Sijil Perguruan.
No comments:
Post a Comment