Pada waktu ini, sekolah sudah dibahagikan kepada 2 peringkat
persekolahan iaitu Pelajaran Rendah dan Pelajaran Menengah. Namun begitu
terdapat lebih banyak sekolah rendah berbanding menengah kerana Sekolah
Menengah diwujudkan untuk kepentingan penjajah sahaja.
Sekolah
rendah yang wujud mempunyai pelbagai-bagai sistem pentadbiran yang tidak
selaras. Ciri – ciri Sekolah Tamil boleh dilihat seperti contoh dibawah :-
Sekolah
|
Ciri-ciri
|
Tujuan
|
Sekolah Tamil
|
1. Terdapat
diladang-ladang dan dikendalikan oleh pihak ladang dan mubaligh Kristian.
2. Bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantar
3. Sukatan pelajaran dan
buku teks di import dari India
4. Terdapat sekolah
peringkat rendah sahaja.
|
· Pendidikan Tamil
untuk mengekalkan anak-anak menjadi buruh diladang itu.
· Enakmen Buruh
1912, telah mewajibkan pemilik ladang menyediakan sekolah bagi jika ada 10
anak pekerja yang layak bersekolah.
|
Namun begitu
terdapat sedikit perubahan didalam sistem persekolahan ketika itu apabila
Penyata Barnes keluar pada 1950 menyatakan ’pendidikan sekolah rendah adalah
sebagai alat perpaduan masyarakat’. Pernyataan ini menyebabkan sistem
pendidikan telah dikaji semula secara terperinci. Hasilnya satu sistem
pendidikan kebangsaan wujud dan terbuka kepada semua kaum. Bahasa pengantar
bagi sekolah kebangsaan ada dua iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Rentetan dari ini, Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.
Video ini menunjukkan pendidikan vernakular yang merangkumi Pendidikan Tamil di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment