Saturday, 1 August 2015

Zaman Keemasan Pendidikan Tamil

          Tahun 1900-an merupakan masa keemasan bagi pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Kerajaan Inggeris mahupun para majikan mula memberi perhatian terhadap pendidikan Tamil berbanding sebelumnya yang lebih bersikap acuh tak acuh. Namun, perubahan sikap ini memang mempunyai niat yang sebaliknya. Perubahan sikap pihak British ini adalah bagi menarik pekerja-pekerja India Selatan yang baru untuk bekerja di ladang-ladang getah yang pada ketika itu berkembang pesat. Lebih-lebih lagi, langkah ini juga sebagai ganjaran untuk mengelakkan pekerja-pekerja India yang sedi ada pulang ke negara asal mereka. Ringkasnya, tujuan sebenar orang-orang British adalah untuk mendapatkan bekalan buruh yang berterusan tanpa gangguan bagi menjamin industri mereka di Eropah.




Bilangan murid-murid di Sekolah Tamil telah menambah dengan dasar yang dijalankan oleh pihak British.




1 comment: