Sebagai penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut,
Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan
sekolah-sekolah Tamil seperti yang berikut:
Rajah ini telah menunjukan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan British untuk mengembangkan Sekolah Tamil.
Sama seperti
sekolah Melayu, sekolah-sekolah Tamil di negara kita pada zaman itu juga hanya
terhad kepada tahap persekolahan rendah sahaja. Hal ini adalah kerana
kebanyakan orang India kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Tamil. Golongan orang India yang berada lebih cenderung untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris.
Sebagai rumusan,
Sekolah Tamil telah didirikan mengikut etnik India sahaja. Sekolah ini dikenali
sebagai Sekolah Vernakular. Berbanding dengan Sekolah Inggeris, sekolah-sekolah
ini hanya mampu membekalkan murid-murid dengan pendidikan asas melalui Bahasa
Tamil. Ini menyukarkan murid-murid lepasan sekolah vernakular untuk memperoleh
pendidikan tinggi.
No comments:
Post a Comment