Objektif pendidikan Bahasa Tamil yang diberikan pada masa itu berbentuk
Functional Literacy iaitu menguasai 3M ( membaca, menulis dan mengira) dalam
Bahasa Tamil supaya kanak-kanak ini boleh turut mengikuti dalam main stream
pendidikan di India apabila ibu bapa mereka balik ke India nanti. Segala isi
pelajaran adalah berdasarkan latar belakang India ( Indian based curriculum)
dan unsur-unsur Tamil sahaja. Kejayaan murid-murid dalam pendidikan jenis ini
dinilai dari segi kecekapan membaca dan menulis serta penghafalan karya klasik
dan epik-epik Hindu. Darjah tertinggi dalam sekolah ini adalah Darjah VI.
Namun, di kebanyakan sekolah Tamil pendidikan hanya diberi sehingga Darjah III
dan IV kerana kebanyakan sekolah ini hanya mempunyai seorang guru sahaja dan
keadaan ini menyukarkan beliau mengajar banyak kelas.
Objektif pendidikan Bahasa Tamil yang diberikan pada masa itu lebih menekankan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Tamil
No comments:
Post a Comment